Friday, September 4, 2009

Berlindung Sambil Menabung

Salam sejahtera...

Sekarang ini sudah menjadi lumrah untuk sesiapa yang telah bekerja untuk mengambil pelan perlindungan. Ini kerana dengan pelaburan yang sedikit itu mampu memberikan peserta pelan untuk mendapatkan ganjaran (pampasan) atas kecelakaan (musibah) yang dialami.

Dengan peningkatan bilangan kenderaan di jalanraya dan kadar jenayah, seseorang yang telah bekerja (tambahan pula yang mempunyai tanggungan) perlu mengambil kira pelan perlindungan sebagai satu kemestian. Risiko untuk ditimpa kemalangan semakin tinggi jika dibandingkan tiga puluh tahun yang sudah.

Bagi yang beragama Islam dan perihatin dengan hukum syarak, "pelan takaful keluarga" adalah pilihan yang tepat. Ini kerana pelan ini mematuhi hukum syarak dan hukumnya harus untuk mengambil pelan sebegini. Berlawanan dengan insurans nyawa yang mana Muzakarah Fatwa Kebangsaan kali ke-16 bertarikh 15-16Februari 1979 telah memutuskan "Insurans Nyawa adalah haram kerana ia:
  1. Mengandungi gharar (tiada ketentuan),
  2. Mengandungi unsur judi,
  3. Mengandungi masalah riba."

KENAPA PERLU MENGAMBIL PELAN PERLINDUNGAN TAKAFUL KELUARGA?

Tujuan takaful keluarga diwujudkan adalah untuk menyediakan dana yang halal bagi membantu ahli yang ditimpa kecelakaan. Konsep yang diguna pakai untuk tujuan perlindungan ini ada sedikit persamaan dengan Khairat Kematian (biasanya dibuat oleh ahli kariah masjid/surau)yang biasanya dibuat untuk memudahkan proses pengkebumian peserta yang telah meninggal dunia. Dalam kes ini, sekumpulan ahli bersetuju untuk menyumbangkan wang ke dalam dana (tabung) yang akan digunakan untuk membantu mana-mana ahli yang ditimpa musibah.

Pada satu segi yang lain, pelan takaful keluarga juga ada persamaan dengan pelan insurans nyawa konvensional iaitu ia juga menyediakan dana untuk meringankan beban ahli yang ditimpa kemalangan. Ini tidak terdapat dalam Tabung Khairat Kematian yang mana dana hanya boleh digunakan untuk kes kematian sahaja.

Bergantung kepada pelan takaful yang diambil, pelan takaful keluarga juga menyediakan tabung simpanan. Jika wang simpanan peserta yang terkumpul agak banyak, peserta boleh mengeluarkannya tanpa dikenakan faedah. Ini berbeza dengan sistem konvensional yang mana setiap pengeluaran dikira sebagai pinjaman yang mana akan dikenakan faedah sehingga pinjaman tadi dilangsaikan. Andaikata peserta tidak pernah mengeluarkan wang simpanan yang terkumpul itu; di akhir tempoh pelindungan takaful, peserta akan menerima wang pelaburan yang biasanya melebihi apa yang telah mereka bayar.

Jadi bukanlah satu pembaziran untuk menyertai mana-mana pelan perlindungan takaful.

Ingat! Malang tak berbau. Anda tidak tahu bila malang akan menimpa anda. Persoalannya, berapa banyak wang yang anda telah simpan untuk menghadapi saat malang itu? Jika anda telah bekeluarga atau anda adalah tempat bergantung ahli keluarga yang lain, bagaimana anda mampu untuk menampung perbelanjaan mereka seandainya anda telah lumpuh dan tak mampu untuk mencari pendapatan lagi?

Jika anda meninggal dunia dan meninggalkan hutang puluhan ribu, siapa yang akan membantu melangsaikan hutang tersebut? Ingat! "Roh seseorang itu akan tergantung antara bumi dan langit sehingga hutangnya telah dilangsaikan."

Jadi, jika anda ada banyak hutang atau mempunyai tanggungan buatlah langkah yang bijak dengan menyertai pelan takaful.

SAYA INGIN MENYERTAI PELAN TAKAFUL, BERAPA SAYA KENA BAYAR?

Amaun yang perlu dibayar sebenarnya bergantung kepada beberapa faktor seperti:

  1. Jenis Pelan yang ingin diambil,
  2. Umur bakal peserta,
  3. Jumlah perlindungan (sum assured) asas,
  4. Tempoh perlindungan,
  5. Manfaat tambahan seperti Kemalangan Komprehensif, Penyakit Kritikal dan Hospital

Namun secara kasarnya, amaun yang ideal adalah 10% dari pendapatan bulanan bakal peserta. Sebagai contoh, jika peserta mendapat gaji bulanan sebanyak RM2000, seeloknya peserta membayar RM200 sebulan. Walau bagaimanapun, jika amaun ini dirasakan terlampau banyak, bakal peserta boleh membayar dengan amaun yang lebih rendah. Cuma, lagi rendah amaun sumbangan, lagi rendahlah jumlah perlindungannya.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya:

SAFUAN BIN ABDUL LATIF

H/P: 013-337 8000

Email: safuanlatif@yahoo.com atau safuanlatif@gmail.com

No comments:

Post a Comment