Pelan ini merupakan pelan takaful yang menyediakan perlindungan berserta simpanan untuk masa hadapan. Pelan ini merupakan pelan yang diminati ramai kerana dengan sumbangan yang sedikit peserta diberi perlindungan yang agak tinggi.
Sebagai contoh, kadar sumbangan yang dikenakan untuk seorang yang berumur 20 tahun untuk tempoh pelan selama 35 tahun ialah RM15.84 setahun untuk setiap RM1000 Jumlah Perlindungan. Ini bermakna jika orang itu mahu Jumlah Perlindungan sebanyak RM100,000 dia perlu memberi sumbangan sebanyak RM1,584 setahun (atau RM132 sebulan).
Manfaat sebanyak RM100,000 ini akan diberi kepada peserta apabila doktor telah mengesahkan peserta ditimpa keilatan kekal menyeluruh (hilang upaya untuk bekerja) - sama ada disebabkan kemalangan atau penyakit. Ini bermakna walaupun peserta baru menyumbang beberapa kali (berapa ratus ringgit), peserta tidak lagi perlu meneruskan bayaran sumbangan sebaliknya pihak Etiqa Takaful akan menghentikan pelan perlindungan dengan membayar amaun Jumlah Perlindungan kepada peserta yang ditimpa musibah tadi.
Andaikata peserta selamat sepanjang tempoh perlindungan peserta masih dapat menerima manfaat iaitu dalam bentuk wang simpanan yang terkumpul selama 35 tahun itu. Jikalau kadar mudharabah ialah sebanyak 5.5% setahun maka peserta akan menerima kira-kira RM109,000 di akhir pelan tersebut.
Andaikata peserta meninggal dunia di dalam tempoh perlindungan takaful, maka manfaat kematian sebanyak RM100,000 beserta wang simpanan yang terkumpul akan dibayar kepada waris.
Jika peserta meninggalkan hutang, wang yang diterima waris itu boleh digunakan untuk melangsaikan hutang tersebut.
Jadi, kesimpulannya tidak rugi mengambil pelan perlindungan ini. Apabila seseorang menyertai pelan takaful ini sebenarnya dia telah membina satu aset (harta) yang boleh digunakan di masa kesukaran.
Bayangkan jika seseorang tidak mempunyai simpanan yang banyak tetapi ditimpa musibah (kematian/hilang upaya kekal) sebelum dapat mengumpulkan harta secukupnya. Jika dia mempunyai anak-anak yang masih kecil dan isteri yang hanya merupakan surirumah sepenuh masa, sudah tentu mereka ini menderita.
Fikir-fikirkanlah...
Monday, September 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment